Saturday, September 13, 2014

Lebih baik MENCUBA UNTUK GAGAL daripada GAGAL UNTUK MENCUBA!




TIPS:
Lebih baik MENCUBA UNTUK GAGAL daripada GAGAL UNTUK MENCUBA!
Camne tu ?

Dalam bisnes internet ni, especially pemasaran internet, contohnya fb ads, ianya banyak dipraktikkan!
Contohnya En Jan John jonathan (bukan nama sebenar), telah beribu-ribu kali mencuba buat fb ads, dan banyak juga yang gagal. Memang boleh dianggap MENCUBA UNTUK GAGAL!

Ada cuba buat ads RM1k, tapi sales 0...
Ada habis RM400 buat affiliate, tapi gagal...
Kumpul like 100k, tapi sales tak seperti yang diharapkan...

Walaupun gagal, tapi Jan john Jonathan sebenarnya perolehi sesuatu yang sangat BERHARGA, Iaitu;
1) PENGALAMAN - pengalaman menghadapi kegagalan. Uji semangat, kesabaran..
2) PENGAJARAN - bagaimana nak elakkan kegagalan serupa di masa akan datang. Pisang tak berbuah 2 kali!
3) PEMBAIKAN - bagaimana mau perbaiki/upgrade ilmu, skill untuk mencapai kejayaan. Bangkit!

Itu orang yang MENCUBA UNTUK GAGAL..
Ps - kini Jan John Jonathan dah capai kejayaan luar biasa dalam bisnesnya..

Orang yang GAGAL UNTUK MENCUBA pula bagaimana?
- orang yang gagal untuk mencuba adalah orang yang gagal yang sebenarnya. Untuk mencuba buat sesuatu pun dia takde keberanian.

Bila disuruh mencuba, dia jawab;
"TAKNAKLAH! NANTI AKU RUGI!"
"TAK MO LAH! RISIKO TU"

Belum lagi mencuba, sudah mengalah! Kalau tak mencuba, bagaimana nak dapat;
- PENGALAMAN
- PENGAJARAN
- IDEA PEMBAIKAN

Setuju?

Jangan takut mencuba, jangan takut untuk gagal!

Untuk meminimakan risiko KEGAGALAN ANDA,;
1) DAPATKAN GURU - guru boleh bantu anda dapat pengalaman, bantu elakkan masalah, dan guru mampu bantu anda untuk menjadi lebih baik.
2) DAPATKAN ILMU YANG BERTERUSAN - sentiasa perbaharui ilmu yang dimiliki.
3) PRAKTIS - practice make perfect, kata omputih! Semakin banyak anda praktis, semakin mahir anda. Dah mahir, lebih mudah untuk mencapai kejayaan..

Shared by : Sifu FB Ads
Taken from : https://www.facebook.com/sifufesbukads/posts/715987018455003?notif_t=notify_me

MOTIVASI PERNIAGAAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Setelah sekian lama tiada post, kali ini kita kembali lagi dengan tips perniagaan oleh Sifu FB Ads. Semoga ianya berfaedah buat kita semua.


Dalam perniagaan apa yang penting adalah FOKUS! FOKUS adalah salah satu faktor yang penting untuk membantu anda berjaya.
Ada yang berniaga sebulan dua sahaja di FB tapi dah berjaya jana 5-6 angka.
Ada pula yang berniaga seminggu dua je dah boleh dapat profit 4 angka.
Dan ada juga yang sudah berniaga bertahun-tahun tapi masih lagi tak dapat nak hasilkan income 4-5 angka kerana asyik tukar-tukar produk.
Sebab itu apa yang penting sekali dalam perniagaan adalah FOKUS!
Tetapi...
Kalau fokus sahaja yang diberikan tanpa sebarang usaha pun tak boleh jalan jugak..
Cuba anda kaji semula tentang produk yang anda jual.
- Permintaan tinggi tak?
- Boleh bantu selesaikan masalah orang tak?
- Sesuai untuk jantina lelaki ke perempuan?
- Lokasi-lokasi hot ade tak?
- Terbukti berkesan ke?
Kalau anda rasa produk anda betul-betul boleh jual,
Sila FOKUS sekarang! Letakkan sasaran berapa yang anda nak jana dalam masa beberapa minggu atau bulan dari sekarang.
Ingat apa yang penting FOKUS,
Do now or never!

Taken from: 
https://www.facebook.com/sifufesbukads/posts/717021145018257?notif_t=notify_me


Thursday, June 26, 2014

7 TIPS TINGKATKAN JUALAN FB DI BULAN RAMADHAN






Tak lama dah! Ramadhan bakal menjelma. Ni ada skit tips tingkatkan sales dalam bulan RAMADHAN..

Jom baca..

1) BUAT OFFER - buat tawaran khas yang mana ianya hanya boleh didapati pada bulan RAMADHAN saja. Contohnya; diskaun, freegift, bonus dll.

2) KELUARAN XLUSIF - keluarkan produk-produk yang xclusif hanya untuk Ramadhan saja. Di bulan lain, tiada!

3) KEMPEN BERTERUSAN - buat kempen pemasaran dari awal ramadhan, hinggalah akhir ramadhan. Kempen pemasaran bagi produk yang sama! Ini akan tingkatkan awareness yang kuat dari awal ramadhan lagi! Dan mudah untuk tukarkan prospek menjadi pembeli.

4) PAKEJKAN PRODUK - jika hari biasa , anda jual produk anda secara berasingan. Tapi di bulan RAMADHAN, cuba pakejkan! Gabungkan terus atau buat opsyen pakej, atau buat upsell, backendsell dll..

5) EDUCATE/ENGAGEMENT AWAL - kita dah bina fans/list, kita berinteraksi, bina relationship, bina kepercayaan lebih awal..insyallah, bila anda menjual di bulan ramadhan nanti, lebih laju...

6) TINGKATKAN FOLLOW-UP - ya, buat follow up pada prospek yang pernah bertanya (pm, sms,whatsapp) sebelum ni.. Beritau mereka offer anda! Insyallah, boleh naik lagi sales...

7) TIMING - agak-agak bulan puasa orang banyak membeli siang ke malam? Dari pengalaman saya, jika siang, biasanya 9am - 4pm.. Dan malam, Selepas terawikh! Fokus ads pada waktu sasaran!

TIPS BONUS - banyakkan sedekah, bayar zakat! Insyallah, ALLAH balas lebih banyak lagi..sales pun boleh naik tinggi lagi:-)
Shared by Sifu FB Ads
Taken from:  https://www.facebook.com/sifufesbukads/photos/np.216025467.584287313/679717312081974/?type=1&notif_t=notify_me

Tuesday, June 10, 2014

TIPS MOTIVASI IM: " BUAT SAMPAI JADI!"


Dalam pemasaran internet ni, kita kena buat sesuatu kerja/tugasan tu sampai jadi! Selagi tak jadi, teruskan usaha. Buat sampai jadi! Tak jadi, cari jalan sampai jadi!
Contohnya - buat fb ads, tapi tak menjadi. Tiada lagi hasil ? kalau kita mmg dah yakin produk tu boleh dijual, kita perlu teruskan usaha marketing. BUAT SAMPAI JADI!
BUAT SAMPAI DAPAT HASILNYA!
Kalau kita STOP AWAL, kita yang rugi.
JANGAN - pada suatu hari nanti, apabila kita berjumpa dengan orang yang dah berjaya dengan bisnes serupa seperti yang anda usahakan sebelum ni ; anda berkata;
"KALAULAH AKU TERUSKAN USAHA AKU DULU TU SAMPAI JADI/SAMPAI BERJAYA, AKU PASTI JADI MACAM BRADER NI"
Kesimpulannya - BUAT SAMPAI JADI, BUAT SAMPAI DAPAT HASILNYA!


Taken from Sifu FB Ads : https://www.facebook.com/sifufesbukads/posts/671796006207438?notif_t=notify_me

Monday, June 9, 2014

KISAH ROTI EXPIRED, AJAR SAYA JADI USAHAWAN - SAIFUL NANG



Ayah saya tak kaya. Menetap di Felda sebagai peneroka peringkat ke-2 yang masuk pada tahun 1984 bukanlah satu perkara yang menarik. 5 tahun pertama, arwah emak selalu pujuk ayah tinggalkan Felda untuk balik ke kilang kelapa sawit estet di Bukit Kerayong. Tidaklah mewah tetapi hampir dengan saudara mara dan ada pendapatan bulanan disamping rumah kilang yang diberi dengan elektrik percuma. 


Mudahnya, kami bukan orang senang walaupun hari ini orang ingat orang Felda ni kaya raya dapat 10 ekar FREE (siapa kata? mak ayah kami bayar potong bulan-bulan tau).

Makan tidak ada masalah sangat kerana banyak benda dah tanam dan ternak sekitar rumah suku ekar. Cuma beli garam, gula dan ikan sahaja. Itupun ikan jika musim kemarau kita timba sungai dapatlah stock ikan 1-2 bulan (pekasam sampai 1 tahun). Nak makan telur, kutip sahaja sangkak telur bawah rumah tempat ayam bertelur. Ambil semua, tukarkannya dengan bola pingpong (kalau tak, ayam taknak bertelur lagi di situ). Itulah masalah ayam, tak belajar matematik untuk kira telur dia ada.

ROTI EXPIRED

Roti sudah dikira makanan mewah. Tengok TV buka drama "PJ HOLDING" cerita orang kaya-kaya makan pagi dengan roti dengan butter. Kita pun teringin juga cuma roti ketika itu kalau yang ada pun, roti Superloaf Cap Superman RM0.70 sebuku. RM0.70 sudah dikira mahal kerana peneroka Felda jarang ada tunai dalam tangan kecuali kita rajin buat kerja-kerja sampingan.

Seminggu 2 kali, van putih bawa roti cap superman akan kutip semula semua roti di kedai yang sudah tarikh luput di sekitar Kerayong sampai ke Bera. Mereka buang dihujung block Felda saya. Ada sungai di situ. Ayah saya bagitahu, masa dia minum di kedai Wak Maskum tu, dia sempat tahan van roti. Ayah beli 1 guni RM1. Itu kira duit masuk pocket pemandu lah tu.

Roti dah luput tarikh sehari dua. Ada yang dah nampak kulatnya seperti dalam gambar ini, dan ada yang masih belum nampak kulatnya.

Nak beli sebuku yang belum luput, RM0.70 tapi ayah beli RM1 dapat seguni (dalam 30 buku lebih). Balik rumah sahaja, kami belasah dahulu. Tulah...tak belajar matematik, mana tahu luput ke tak. Puas lah makan roti tu dengan pelbagai cara. Roti sapu planta, roti cicah kopi, roti bakar, roti gula dan macam-macam lagi.

Esok harinya, kami dah tak nampak lagi roti tu. Balik sekolah sahaja, tengok emak dah bakar roti tu semua dalam oven cap kupu-kupu (oven 4 segi warna hitam) dengan butter dan gula. Lalu, jadilah roti itu BISKUT ROTI DAN GULA. Tarikh luput dapat dipanjangkan.

Mulanya untuk makan sendiri, tetapi saya dapat pergi sekolah bawa dan jual. 1 hari bawa 2-3 buku (saiznya) dan dapat jual sehari dalam RM2-3. Stock RM1 yang ayah bawa balik tu boleh tahan 1 minggu. Secara pengiraan RM2.50 sehari x 5 = RM 12.50 seminggu. Pulangan berganda untuk roti yang dah nak expired. Itu tak masuk yang kami buat cicah dengan kopi dan Milo pagi-pagi.

Setelah dibakar, roti itu dapat dilanjutkan lagi tarikh luputnya. Agaknya kerana spora kulat yang melekat tu dah mati semasa pembakaran dalam oven tu. Kos gula dan marjerin bukan mahal mana pun. Tapi cukup baik lah untuk buat business kecil-kecilan.

Ayah saya cuma nak bagi anak-anak dia merasa makan roti, bukan buat business. Tapi kebijaksanaan emak mengolah makanan membuka peluang perniagaan kepada saya. Hampir 1 tahun juga kami makan roti luput tarikh sebelum van roti itu tidak lagi melalui tempat kami. Pernah terjumpa sekali di Triang, pemandu van itu dah pandai jual roti yang dibuang itu kepada penternak ikan.

Penternak beli dengan harga RM0.10 sebuku roti. Di situ, penternah juga bijak kerana mampu potong kos penternakan dan pemandu van juga bijak kerana ada tempat untuk jual roti luput tarikh dengan harga lagi tinggi. Saya? Cari lah business lain...

Hidup ni taklah susah sangat untuk orang rajin dan tak malah berfikir. Jika mengeluh semata-mata dan mengharapkan semua orang lain hulur, tak ke manalah kita nanti.

Ini salah satu dari perniagaan yang saya buat semasa kecil dahulu. Perniagaan saya semuanya tak guna modal tinggi. Sampailah perniagaan hari ini 

Yang penting, kita rajin memerhati peluang dan tangkap peluang apabila ia melaluinya. Hari ini kita berdoa Allah murahkan rezeki kepada kita lalu Allah utuskan PELUANG untuk temui kita. Peluang itu lalu lalang di hadapan kita saban hari NAMUN tidak pun kita ambil peluang itu. Malamnya kita mengeluh lagi dan menadah tangan di atas tikar sembahyang dan berdoa akan skrip yang sama.

Adakah kita harap, rezeki Allah beri itu terus masuk dalam akaun bank?

Berusahalah

SAIFUL NANG
Motivator Usahawan (kononnya)






Shared by Saiful Nang : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152243167600958&set=a.197056165957.130711.25409635957&type=1&theater

ORANG MEMBELI DISEBABKAN MEREKA "PERCAYA"




So, bagaimana nak buat orang percaya ?

Ikuti tips di bawah:

1) Tingkatkan jumlah LIKE..lebih tinggi like, lebih orang percaya!

2) Gunakan gambar yang kelihatan professional..Especially produk pakaian...

3) Letakkan no hp/alamat bisnes anda beroperasi

4) Tingkatkan respons (engagement) di post yang diiklankan. lebih ramai orang respons (komen), lebih orang percaya..

5) Buat ads secara konsisten...lebih kerap iklan dilihat, lebih orang percaya.

6) Tingkatkan frequency ads..salah satu cara, sasarkan pada fans sendiri..sidebar..frequency akan tinggi tanpa mengganggu si fans..Frequency tinggi ---> popular --->trust

7) Respons dengan pantas...Gunakan ayat yang nampak lebih personal, bukan template semata-mata..

8) Banyakkan testimonial pengguna produk...

SETUJU ?

Shared by Sifu FB Ads : https://www.facebook.com/sifufesbukads/posts/671116899608682?notif_t=notify_me

NAK JUAL APA RAMADHAN NI?




Tak tau nak jual apa RAMADHAN ni di fb? Apakata anda buka GOGGLE TREND, senaraikan dulu idea-idea anda. Masukkan dalam goggle trend...

Pilih time range - tahun lepas, 2013..anda lihat graph pada bulan Ramadhan..

Lihat mana yang paling berpotensi!

Contoh gambar;

Saya compare baju melayu, baju kurung, biskut raya, baju raya kanak-kanak...

Nampaknya baju kurung dan biskut raya leading...

Prospek utama putrajaya, KL...

Orang gov ramai tu! Hehehe..

Dah dapat kenalpasti, anda boleh mulakannya sekarang!

Bina awareness..

Bina follower..

Bina engagement..

Bina database...

Senang nak menjual Ramadhan nanti.

SAMBIL TAMBH IBADAT, KITA TAMBAH REZEKI!





Shared by Sifu FB Ads : 

https://www.facebook.com/sifufesbukads/photos/np.4685736.100007088438268/668913193162386/?type=1&notif_t=notify_me